27.8.09

Membuang Susuk

Di awal minggu ini ada di terpampang didada akhbar kisah derita pemakai susuk. Bila DEN nampak tajuk tu aje..DEN kata padan muko...

Biasanya seorang pemasang susuk akan memberi tahu kaedah menjaga susuk supaya manjur/mantap dan pantang larang. Seperti dilarang memakan makanan bercucuk seperti Satey, kalau nak makan juga kena dicabut dagingnya dulu dari lidi satey. Pisang Udang dipantang makan. Tidak boleh lalu dibawah ampaian....dan lain-lain.

Pemasangan susuk di kemaluan lah yang paling siot...Jarang Bomoh nak ajar cara membuangnya sebab nanti dia sendiri nak buang...he..he..he...faham-faham ajelah..kebanyakannya pula bomoh berlainan jantina..untuk lelaki dipasang oleh bomoh wanita..untuk perempuan dipasang oleh bomoh lelaki....SAH sah ilmu setan...buat lah apa dalil pun.....berdosa tetap berdosa.

Membuang susuk biasanya dilakukan oleh pemasang sendiri. Namun ada ketikanya bomoh dah GOL...maka menderitalah sipemakai samada fizikal atau batinnya...yang sudah bertaubat akan tidak keruan, rasa bersalah ...jijik pada diri...nak menceritakan pada orang ..malu..

Bolehkah di scan menggunakan kaedah moden akan kehadiran susuk ? Boleh, selagi ia bukan susuk ayat....Bolehkah dibuang secara pembedahan moden...? Boleh.........
Adakah kuasanya hilang...? Tidak...........

Susuk terdiri dari dua jenis sesudah dipasang....ada yang jenis bergerak2 melalui permukaan kulit dalam...Susuk jenis ini sukar dibuang sebab berubah-ubah kedudukannya....Kaedah Scan yang mantap diperlukan untuk mencarinya...

Satu lagi ialah susuk yang duduk setempat....Ia agak mudah untuk mengeluarkannya...
Membuang susuk hendaklah dibuang kuasa yang terdapat didalam susuk tersebut...Kuasa itu boleh sahaja terdiri dari JIN yang mendiami susuk tersebut atau pun hanya kuasa "ILMU" sahaja yang diisi didalam susuk. Perbezaannya ialah bila mendengar ruqyah atau Al-Quran...Untuk yang mengandungi JIN...standardla...rasa rimas..berpijar...kurang selesa yakni sama seperti orang yang mengadungi JIN dibadan. Namun untuk yang hanya ada "ILMU" nya sahaja tidak lah terasa sangat...cuma macam rasa menyengat-nyengat sahaja..

Kalau melihat di Kaca TV..memang ada artis2 wanita yang memakai susuk di muka...Tak payah Scan pun dah tahu..kalau scan nanti takut melarat scan ke bahagian tubuh yang lain. Kang batal puasa...

Bolehkah susuk dibuang oleh selain dari Bomoh yang memasangnya ? Boleh walaupun agak sukar mencari orang yang berkemampuan...

Kenapa orang tidak mahu membuang susuk walaupun ada dihati terselit rasa berdosa...Sebab kalau perempuan yang berusia 60 tahun akan kelihatan seolah berusia 40 tahun..setelah dibuang susuk akan seperti usia 70 tahun...Yang kuat pula..akan jadi lebih lemah dari usia sebenar...Kalau DEN membuang susuk ..biasanya DEN cepat-cepat TOP-UP kan...sebagai mengganti susuk tersebut..maka tiada lah berlaku perubahan yang amat ketara setelah susuk dibuang...Namun ianya hendaklah dilakukan sebelum mencapai 7 hari dari tarikh susuk dikeluarkan....

12 comments:

  1. mcm gitu tok...apa beza susuk berlian,emas..perak?

    ReplyDelete
  2. Tok, selang berapa hari top up tu mula berkesan..?
    Lepas buang susuk ke..atau selang 2-3 hr..

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Tok...susuk anti mengandung yag dijual di klinik kerajaan yang dimasukkan di bawah lengan...apa hukumya dari segi akidah?

    ReplyDelete
  4. salam tok, macam mana petua kita nak tau seseorang tu pakai susuk ke tak?

    ReplyDelete
  5. Beberapa orang mempunyai susuk yg saya jumpa mengatakan nenek atau atok diaorang yg memasukan susuk tersebut sejak kecil lg tanpa pengetahuan diaorang. Bila nenek/atok dah meninggal... baru tahu yg ada susuk dlm badan.
    Kat melaka dulu ada satu kes dia guna susuk emas untuk kebal. Punya lah susah nak mati..lidah jd hitam terjelir keluar sampai dada. Dah mcm rupa jin dah. Azab nak mati.

    ReplyDelete
  6. Sepatutnya Top UP terus berkesan...Sebab baru 2 minggu lepas DEN buang 8 susuk pada seorang nenek secara Jarak Jauh...Steady aje ulang alik naik tangga 4 tingkat...umur dah 80 an...

    ReplyDelete
  7. Salam Tok,

    Den dulu diajar kaedah buang susuk guna 'Kalimah Insan' berhimpun yang empat..

    Sama ke dengan kaedah Tok guna? Minta tolong tunjuk ajar si jahil nie..

    ReplyDelete
  8. Tak...Cara DEN buang dari jauh aje..menggunakan Scan dan leburkan dalam Zat Zikir..terus gantikan power

    ReplyDelete
  9. Saya ingin mendpt.kan rawatan drpd.tok belagak,mengenai masalah saka,ilmu2 salah,susuk besi dan raksa serta jodoh terhalang.Ini e-mail saya,www.BEV7600@YAHOO.COM.Saya dpt.blog ni drpd.cikgu Shafie,kg.Pandan.

    ReplyDelete
  10. susuk ayat mcm mana tok?..guna ayat2 quran ke?..saya ada dgr pasal ilmu susuk air..yg guna zikir dan istighfar..serta ayat2 quran.selepas di bacakan, lalu dihembuskan pada air tersebut....boleh guna tak ilmu susuk air tu?...walaupun pada zahir namanya juga susuk?

    ReplyDelete
  11. Sy siti jalila, mengalami masalah suami digoda oleh janda yang memakai susuk dari cirebon indonesia, hampir berpuluh ribu ringgit telah sy habiskan utk kembalikan suami sy pada sy, dah ramai pakar susuk yg sy cuna namun Allah masih belum izinkan, tolongla sy demi menyelamatkan r/tangga sy, sy merayu kalau d pihak tuan dpt embantu sy dengan kadar segera di talian telefon 019 3615421..sy benar2 dlm kesusahan..

    ReplyDelete