16.8.09

Rahsia Huruf Ba

Hek eleh...berapa banyak rahsia da...Huruf Ba...Walaupun mempunyai titik..amat jarang pendekar atau perawat menyorokan Diri batin mereka didalam titik tersebut...berbeza pula dengan titik di huruf NUN ynag tidak bertemu mati...

Namun huruf Ba banyak digunakan dalam apa yang dikatakan Menyampaikan Hajat. Ia di baca selepas solat hajat berserta dengan beberapa Asma ul Husna...Amat mujarab..dimana setiap solat hajat akan di ketahui beberapa malamkah perlu dibuat melalui petunjuk didalam mimpi..Kerana itulah ia dilakukan selepas tengah malam...yakni diakhir 1/3 malam...Tidaklah kita teraba-raba..berapa malamkah perlu dilakukan solat hajat tersebut..Sifu DEN pernah melepaskan 2 orang banduan terakhir ( dijatuhi hukuman Gantung sampai mati ) menggunakan kaedah solat hajat..selama 40 malam...Itupun beliau telah jazam solat hajat tersebut..kalau sudah jazam biasanya tidak akan lebih 40 malam...Kalau kes-kes kecil biasanya 3-7 malam sahaja...Tapi nak menjazamkan amlan solat hajat itu yang berat....kenalah diamal dulu solat hajat tersebut selama 120 malam tanpa putus......

Solat Hajat tersebut ada yang Umum ada yang Khusus...

Untuk yang umum ( apa-apa jua hajat yang di pohonkan ) dinamakan Solat Hajat Syeikh Abdul Qadir Jilani. Solat hajat ini hanya 2 rakaat.

Untuk rezeki dinamakan Solat Hajat Syeikh Abdul Wahid. Solat hajat ini 4 rakaat. Bacaannya menggunakan surah Al-ikhlas sebanyak 40,30,20,10 setiap rakaat.

Untuk kedua-dua kaedah ini hanya satu niat pada suatu masa ..sehinggalah habis beberapa malam mengikut petunjuk didalam mimpi. Satu niat menunjukan kebulatan permohonan kita dan kesungguhan diatas doa tersebut..

12 comments:

  1. Assalamualaikum Pak belagak,

    bercakap pasal huruf2 hija'iyah ni, apa pengaruh nama sendiri yg bermula dengan huruf2 tertentu seperti nun, alif, ba, mim dan sebagainya? saya perhatikan ada pengijazahan yg berbeza untuk ilmu yg sama kerana perbezaan huruf permulaan nama.

    ReplyDelete
  2. Tak tahu pula...ayng DEN tahu setiap kita ada 7 nama rahsia..

    ReplyDelete
  3. erm huruf ba... Ada perguruan silat yang kecoh pasal khadam huruf ba... Apa pendapat tentang
    Kesimpulan Al Quran adalah Al Fatihah
    Kesimpulan Al Fatihah adalah Basmallah
    Kesimpulan Basmallah adalah huruf ba

    alamak dah tersimpul otak

    ReplyDelete
  4. Yep...anda benar....Huruf Ba..pada titiknya...Kalau masuk dalam titik huruf tu ..macam-macam ada...

    ReplyDelete
  5. Bagaimana untuk mengetahui 7 nama rahsia kita tu. Setahu saya setiap nama mempunyai setiap tingkat alam. Jika kita mengetahui 7 nama kita, kita dapat menerjah 7 alam, betul ke

    ReplyDelete
  6. Salam Tok minta maaf bertanya...cara nak belajar masuk dalam titik tu camne?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    Bercakap fasal huruf hija'iyah ni saya pernah belajar kaedah menentukan keserasian pasangan. Belajar dari Allahyarham Tn. guru Hj Ariffin Pdg Renggas. Huruf pangkal nama pangilan setiap pasangan diambil kira...jangan salah faham kaedah ni bukan nujum..tapi untuk melihat keserasian nama yang memberi kesan kepada jodoh rezki dan kebahgian.. kalau pangkal nama tu tak serasi tukar je nama panggilan ...bukannya tukar orangnya...

    ReplyDelete
  8. Salam Tok ada amalan yang menggunakan ayat "ghaibkan aku dalam kalimah la'ilahaillallah...." ada ke masuk dalam topik ni?

    ReplyDelete
  9. salam...titik ba dinisbahkan pada "nur muhammad" adapun alif tetap ghoib...jeng jeng jeng betoi ka lagu tu?merapu lagi kot?

    ReplyDelete
  10. salam

    "Huruf Ba..pada titiknya...Kalau masuk dalam titik huruf tu ..macam-macam ada..."

    mohon pencerahan

    ReplyDelete
  11. hadis nabi ada menyebut, dunia berada di titik huruf ba. wallahu a`lam

    ReplyDelete
  12. Umat yang terbaik adalah umat akhir zaman dan dikalangan umat akhir zaman, para sahabatlah merupakan contoh pengikut Nabi saw yang terbaik sehinggakan 10 orang dari mereka dijanjikan syurga. Apabila kita mengambil atau mengamalkan agama yang tidak bersumber dari mereka atau agama yang tanpa melalui mereka , Kita sebenarnya sedang menyimpang dari jalan yang ditunjuki oleh rasul saw.

    Banyak tersebar dikalangan masyarakat pada hari ini tentang rahsia dan hakikat titik huruf ba bahkan juga huruf-huruf yang lain. Lebih mendalam lagi ada yang menafsirkan AlQuran dengan
    Mengatakan seluruh Al Quran tersimpul didalam surah al Fatihah dan surah al fatihah tersemat didalam bismillahirrahanirahim dan Bismillah itu terkumpul dalam huruf ba dan akhirnya seluruh Al Quran terkandung didalam titik ba. Bahkan ada yang menafsir huruf2 hijaiyyah dengan tafsir zahir dan tafsir batin…

    Kebanyakkan surat2 rasulullah saw masih dapat kita tatapi pada hari ini..Maka ,matlah pelik untuk kita mempercayai tafsiran2 ttg Al Quran yang amat bertentangan dengan apa yg terzahir dari sirah2 Rasulullah saw. Bertambah pelik apabila mereka percaya bahawa konsep seluruh Al quran bermula dari titik huruf ba....titik adalah sekadar titik. ia adalah satu mekanisme untuk memudahkan pembacaan al Quran..sebagaimana tanda2 lain yg ditambah.oleh Saidina Usman r.a ..bahkan rasulullah saw dan para sahabat baginda tidak menggunakan titik pada zamanNya.

    Salah satu surat Nabi saw (tertera cop mohor kenabian)



    Mushaf al Al Quran pertama kali dibukukan adalah semasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar r.a atas saranan Umar r.a .Penulisan al Quran ini dilakukan oleh Zaid bin Tsabit r.a.
    Pada masa pemerintahan Umar r.a tidak berlaku peristiwa penting tentang mushaf Alquran. Namun semasa pemerintahan Usman r.a, sebanyak 6 buah Mushaf AlQuran telah disalin drpd naskhah mushaf yang asal yang dipinjamkan dari hafsah r.anha. Mushaf hasil salinan tersebut dikirimkan ke kota-kota besar yaitu Kufah, Basrah, Mesir, Syam dan Yaman. Usman menyimpan satu mushaf untuk ia simpan di Madinah yang dikenal sebagai Mushaf al-Imam. Adapun Tulisan yang dipakai oleh jemaah yang dibentuk Usman r.a untuk menyalin Mushaf adalah berpegang pada Rasm alAnbath iaitu tanpa harakat atau Syakl (tanda baris bacaan) dan Nuqath (titik sebagai pembeda huruf).

    titik2 huruf Al Quran hanya dikenali dalam dunia islam disekitar tahun 80 hijrah atas arahan khalifah Malik bin Marwan, beliau mengarahkan al-Hajjaj bin Yusuf al-Tsaqafy, gabernur Irak waktu itu (75-95 H), untuk menyelesaikan ‘wabah’ al-‘ujmah yang berlaku akibat kemasukan orang bukan arab kedalam agama islam beramai-ramai. Al-Hajjaj pun memilih Nahsr bin ‘Ashim dan Yahya bin Ya’mar untuk misi ini, sebab keduanya adalah yang paling ahli dalam bahasa dan qira’at. Antara yg dilakukan adalah :

    a. untuk membezakan antara دdal dan ذdzal, رra’ dan زzay, صshad dan ضdhad, طtha’ dan ظzha’, serta ع‘ain dan غ ghain, maka huruf-huruf pertama dari setiap pasangan itu diabaikan tanpa titik (al-ihmal), sedangkan huruf-huruf yang kedua diberikan satu titik di atasnya (al-i’jam).

    b. untuk pasangan سsin dan ش syin, huruf pertama diabaikan tanpa titik satupun, sedangkan huruf kedua (syin) diberikan tiga titik. Ini disebabkan karena huruf ini memiliki tiga ‘gigi’, dan pemberian satu titik saja diatasnya akan menyebabkan ia sama dengan huruf nun. Pertimbangan yang sama juga menyebabkan pemberian titik berbeda pada huruf-huruf ب ba’, ت ta, ث tsa, ن nun, dan يya’.

    c. untuk rangkaian huruf جjim, حha’, dan خkha’, huruf pertama dan ketiga diberi titik, sedangkan yang kedua diabaikan.

    d. sedangkan pasangan فfa’ dan قqaf, seharusnya jika mengikuti aturan sebelumnya, maka yang pertama diabaikan dan yang kedua diberikan satu titik diatasnya. Hanya saja kaum muslimin di wilayah Timur Islam lebih cenderung memberi satu titik atas untuk fa’ dan dua titik atas untuk qaf. Berbeda dengan kaum muslimin yang berada di wilayah Barat Islam (Maghrib), mereka memberikan satu titik bawah untuk fa’, dan satu titik atas untuk qaf.

    ReplyDelete