25.8.09

Tahap-tahap Scan dan Kronologi

Ada baiknya DEN berkongsi sedikit ilmu bersama kengkawan buat jadi Guideline. Apa yang DEN tulis ini adalah merujuk kepada apa yang dikatakan Kasyaf Kauni dalam pengajian Ilmu Musyahadah. Ilmu Musyahadah menjurus kepada Kasyaf Kubro namun dalam mendaki ketahap tersebut memang akan melalui tahap kasyaf Kauni. Kasyaf Kubro sendiri terbahagi kepada 5. a) Pandangan b) Pendengaran c) Bau d) Hati e) Ilmu . Ia suatu perbincangan yang teramat luas..

Kasyaf Kauni
Namun akan ada persamaan ditahap-tahap tertentu dengan Scan yang di pelajari atau dibuka oleh aliran lain ataupun mereka yang terbuka secara semulajadi. Turutan kronologi dibawah tidak semestinya berturut, boleh sahaja ia meningkat naik mendadak dan boleh sahaja ia menurun atau tetap setakat itu sahaja.

1) Masih didalam bentuk binatang seperti monyet , rama-rama, buaya atau simbol-simbol yang
pelik-pelik. Scan pada tahap ini adalah yang terawal dan terendah sekali tahapnya. Maka perhatikan anda. Biasanya ini pada tahap Nafsu Ammarah yang melampau.

2) Mula nampak berbayang-bayang atau berbalam-balam yakni tenggelam timbul seperti
Torchlight tak cukup bateri.
Scan sudah mula terbuka walaupun on-off sifatnya. Teruskan amalan. Biasanya tahap ini agak
agak lama sedikit Murid akan on-off scannya..Hendaklah rajin refer pada gurunya.

3) Mula ternampak sedikit pergerakan. Scan pada tahap ini memang memenatkan. Konsentrasi
harus penuh. Scan ditahap ini sudah memasuki tahap scan dalam. Scan terbahagi 2 secara
amnya. a) Scan dalam b) Scan luar
Scan dalaman masih belum stabil namun ia adalah asas yang perlu dilalui sebelum melangkah
lebih jauh

4) Rupa bentuk makhluk ghaib sudah boleh dilihat..biasanya dari jenis hantu...seperti hantu raya, pelesit dan lain-lain. Jin masih belum dapat dilihat lagi...Pada ketika ini agak cepat sedikit peningkatannya...Namun Jin juga memiliki ilmu untuk menahan/sekat dari discan..maka hanya JIN tahap rendah sahaja pada ketika ini yang akan kelihatan...


5) Pada ketika ini gambaran hanya dalam bentuk black and white.

6) Jin sudah boleh dikesan didalam badan pesakit. Melihat Jin didalam badan lebih sukar dari melihat JIN yang berada diluar badan pesakit.

7) Barangan Santau seperti kaca halus sudah boleh dikenal pasti..

8) Rupa penyamaran Jin sudah agak jelas..seperti pendekar, puteri, wali, tok syeikh dan sebagainya...Pada ketika inilah saat kritikal..kerana murid biasa mudah menjatuh hukum...begitu juga mereka yang mendalami ilmu kebatinan. Selalu terperangkap dengan dakwaan bertemu Wali..

9) Scan pada tahap ini hanya berlaku pada jarak dekat sahaja tidak pada jarak jauh

Pada Tahap 1-9, belum lagi boleh membezakan penyamaran JIN yakni hanya nampak penyamaran JIN sahaja tanpa rupa bentuk yang asal.

28 comments:

  1. Assalamualikum Tok Dewata,

    Macam mana nak bezakan perjalanan rohani dengan khayalan masa tengah scan..?

    Apa petua supaya kita tidak tertipu di Alam Khayal semasa scan...

    kata Guru saya perjalanan kita mencari redho Allah akan melalui 7 alam dan beratus sub alam...bergantung kepada tahap Rohani dan amalan soleh masing masing. Kalau tak silap, alam level ketiga dipanggil alam misal atau tamsil atau khayal atau alam jin. Bila berada di alam ni .. kita main flash je ..zip zap.. jadilah insyallah dengan apa yang dikhayalkan tu..Pesan guru saya jangan lah tahap amalan kita terhenti di alam ini. biasanya bila tahap rohani kita boleh mancapai ke alam ini maka terzohir lah pada kita akan beberapa kelebihan seperti menjadi bomoh/dukun/perawat/pendekar dsbgnya yang sebenarnya hanyalah istidrajbelaka...maka ramailah orang yang tersangkut di alam ini dek kerana kelebihan kelebihan yang sedikit tadi..dengan itu perjalanan kerohanian ke alam tingkatan yang lebih tinggi i.e JABARUT , MALAKUT untuk mencapai dan mencari redho ALLAH tidak tercapai...

    Jadi kalau kita masih dok asyik main cak celut dengan jin, tangkap masuk botol dan bayangkan pulau dan hantar jin ke situ.. maknanya kita masih terkapai kapai di alam khayal tersebut. memanglah di alam khayal tu .. apa yang di inginkan insyallah akan termakbul..yang hanya merupakan istidraj dari ALLAH. maka matlamat kita untuk mencapai makam tertinggi dalam mencari redho ALLAH akan terhenti dan sukar tercapai kerana sangkaan kita sendiri merasakan sudah dekat dengan yang HAQ, lalu amalan amalan soleh menjadi tercorot kerana sibuk dengan hal hal di alam Khayal tadi.so marilah kita sama sama tepuk dada tanya iman.. supaya kita boleh saling ingat mengingati atas jalan Allah

    sekian Terima kasih

    ReplyDelete
  2. mungkin tok bleh detailkan lg,maklumat agar para pelawat lebih khusyuk membaca...heheheh

    ReplyDelete
  3. Tok boleh lanjutkan lagi tentang penerangan tentang scan tak .....jangan risau wa belanja teh tarik kedai mamak segelas dan roti canai cekeping .... perhhhh gua terbayang jerk situasi tuu ....

    ReplyDelete
  4. Baba scan nie gua blur bro..x pernah belajar..nak kena belajar dengan tok ler nampaknya....

    ReplyDelete
  5. Cantik.. Teruskan Abg Belagak..Membongkar rahsia ilmu.. Lepas kasyaf Kauni, kasyaf ilmi pula :).. Lepas nie ramailah main scan n kaut je.. :)

    ReplyDelete
  6. tok ilmu scan ni bole ke blaja tanpa guru?
    kalau yang hijab terbukak dan sentiasa nampak makhluk halus tu dlm kategori scan gak ker?

    ReplyDelete
  7. Salam. apa pendapat tok tentang mereka mereka yang mengatakan bahawa bila scan nih,para pendamping dari alam ghaib yang pi scan dan datang memberitahu pada perawat ? Ada pula para perawat yang mengatakan bahawa scan nih mengarut dan merapu dan tak buleh pakai. Apa komen tok untuk orang orang yang berpendapat sebegini ? Ibnu Adam

    ReplyDelete
  8. Scan tidak boleh belajar tanpa Guru...Pasti akan tersesat kealam khayalan..macam yang Hj Nazri terangkan.Alam dunia sahaja 70...so bayangkan...siap ada syurga neraka . Namun Kasyaf Kauni sukar nak jumpa ....

    ReplyDelete
  9. Sebelum Membezakan alam rohani dan khayalan.Kena bezakan dahulu gangguan dialam rohani. Dikuatiri terkena Jazbah JIN...Maka penapis mesti ada...petua mursyid dipegang erat..

    Dunia khayalan bukan setakat aliran kebatinan sahaja terperangkap...mereka yang sedang bersuluk pun kekadang seolah-olah terbuka kasyaf mereka begitu ketika berzikir secra beramai-ramai..ketika ini mereka merasakan kasyaf terbuka..walhal hanya hayalan sahaja

    ReplyDelete
  10. Ramai Perawat menggunakan Ayat Al-quran untuk menelek..Sebagai contoh...bila diruqyah..pesakit diam...dikatakan takda masalah sihir...kalau pesakit bergerak-erak dikatakan ada sihir...Bukankan sama aje dengan memotong limau danmelihat telangkup atau tidak dalam menentukan ada atau tidak JIN.

    Berbeza dengan mereka yang nampak...kalau ada kata ada..kalau takda kata takda...

    ReplyDelete
  11. Harus diingat Jin Yang Kuat..boleh bertahan..dari Ruqyah...mereka akan membatukan diri...untuk mengelakan dari dikesan dengan bacaan Ruqyah..Den dah banyak terima kes begini..Sudah terang-terang ada JIN tercongok...dikatakan tiada.asyik suruh jumpa doktor sahaja...doktor pula kata tiada apa-apa..Last2 pesakit jadi keliru dan hampa..

    ReplyDelete
  12. Ni yg den lamo nanti2kan artikel pasal scan.
    TQVM Tok Belagak

    ReplyDelete
  13. salam Dewata Raya,.kekeliruan pada saya adalah tentang Ilmu Musyahadah..rasanya elok Tok terangkan sedikit tentang Ilmu Musyahadah ini..

    ReplyDelete
  14. Musyahadah = Menyaksikan

    Terbahagi kepada 4 disiplin ilmu

    a) Jalan Ketuhanan ( Kasyaf)
    b) Jalan Kewalian
    c) Jalan Malaikat
    d) Jalan Fatimah

    ReplyDelete
  15. askm tn,

    jalan fatimah? jelaskan sikit lg tn

    ReplyDelete
  16. Salam. Ambo cadangkan tok tulis satu artikel khas tentang jalan musyahadah ni. Yang setakat ambo tau..ianya jalan ketuhanan. tapi rupanya ada 3 jalan lagi.

    sepanjang pemahaman ambo,jalan musyahadah nih paling baik untuk merawat kerana tidak ada pengharapan kepada apa apa pun jua terhadap mana mana mahluk, samada jin jin Islam, wali wali dan orang alim terdahulu. maka tidak perlu lah kepada keperluan untuk membela pendamping dan apa apa pun jua yang sama maksud dengannya.

    ReplyDelete
  17. memang benar kata ibnu adam ....saya juga macam tu dulu cuma tahu jalan mursyahadah tu lebih menjurus ke arah jalan ketuhanan namun bagaimana pemakaian dalam hal perubatan masih tidak diketahui sehingga kini....sehinggalah istilah tu di gunapakai oleh Tok nie...dulu mungkin dh lama org dulu guna dah tapi istilah lain kut...kalau ikutkan susunan 4 jalan di atas...perlu disempurnakan jalan NO.1 baru disusuli jalan berikutnya..gitu ke Tok?

    ReplyDelete
  18. Musyahadah itu sendiri menyaksikan...mana yg tidak diizinkan Allah kasyaf Kubro..dimana penyampaian ilmu pada tahap kasyaf Kubro ini lebih kepada jalan Syahadah yakni bukan jalan laduni, ilham dan lain2.....kata orang berguru dengan Guru sebenar Guru..sebab itu ilmu yang dipaparkan pelik2 belaka..walhal apo yang DEN cerita tu hanya kulit sahaja..yang lain pastilah tiada kebenaran untuk DEN menceritakannya..

    Maka jalan Para Wali, Malaikat atau Fatimah digunakan...Ia agak sukar diterangkan didalam bentuk tinta...Cuma Fatimah lebih kepada penyucian Hati dan Roh....

    Sebenarnya satu jalan sudah cukup..dan ramai Guru hanya berpegang pada satu jalan sahaja..dan amat kurang yang mampu membawa keempat-empat jalan serentak...

    Sifu kepada Sifu DEN dulu mengambil kaedah Fatimah dari jalan Tok Kenali..kemudian ke Cirebon, indonesia..kemudian diarahkan kemablai ke Patani dimana Ada Mursyid yang mampu membimbing lebih tinggi lagi..

    Pemakaian untuk perubatan tiada apa pun..cuma sekadar menunjukan kebesaran ilmu Allah s.w.t sahaja, tidak lebih dari itu. Bahkan menambahkan lagi tahap keyakinan dari Ainul Yakin kepada Kamalul Yaqin..

    Dulu DEN diamkan aje..tapi bila tuduhan demi tuduhan oleh Ustaz2 segera mengatakan syirik dan hanya ruqyah sahaja terbaik..DEN rasa terpanggil...Ramai pesakit yang berjumpa DEN secara halusnya sudah hilang yakin pada jalan Ruqyah cuma tak diluahkan sahaja..tapi dari cara sms dan email..kita sudah faham..cuma DEN hanya mampu cakap..Ramai lagi yang menguasai ilmu perubatan Rabbani yang jauh melebihi kaedah Ruqyah tersebut..
    Alhamdulillah Mereka kembali percaya dengan lebih teguh.....akan keagungan Islam...apabila DEN berjaya membongkor satu persatu misteri yang menyelubungi mereka.
    DEN sebelum menulis begini pun telah mendapat kebenaran dari Sifu dan pihak atasan...

    ReplyDelete
  19. salam tok Dewata Raya. saya nak belajar scan..
    terima kasih..

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah di atas ulasan Tuk utk persoalan saya nie.."Pemakaian untuk perubatan tiada apa pun..cuma sekadar menunjukan kebesaran ilmu Allah s.w.t sahaja, tidak lebih dari itu. Bahkan menambahkan lagi tahap keyakinan dari Ainul Yakin kepada Kamalul Yaqin.." inilah sebenarnya apa yg sedang melanda di kalbu saya yang mengamit keinginan ke arah ilmu perubatan Haq Taala..moga TUK teruskan usaha penulisan ini dan moga saya dapat dijazamkan dgn peradaban......

    ReplyDelete
  21. Salam... bila membaca komen2 saudara diatas... makin betapa jahilnya saya.. rasa nya nak menuntut ilmu 'scan' nie pun saya tak layak lagi.. terima kasih

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. tok bleagak..saya masih baru..saya dari seremban....

    bolehkah tok belagak ajarkan cara-cara untuk scan..?

    ReplyDelete
  24. assalamualaikum.. tok, saya nak belajar scan..bagaimana caranya...??

    ReplyDelete
  25. salam tok ... cuma nk tnya skit ..
    adakh jln musyahadah nie lain dr jln2 tariqat yg dbawa oleh syeikh2 tariqat ? ..
    bleh x tok trangkan skit bkenaan bab 'hakikat hulubalang' & 'hakikat kesufian' ...

    ReplyDelete
  26. saya nk tnya sikit.. kalau dh bleh scan ni bleh nmpak malaikat x??

    ReplyDelete
  27. salam..arey tu jumpa bomoh tu dia ckp sy bley scan walhal sy x thu pape d0wh....dy soh tgk muka dia cmna...soh pjam mata...dia ckp nmpk itam putih..then soh tgk laaa...sy ckp xnmpk pa pn...hahaha...lwk btol muka dia time tu...

    ReplyDelete
  28. salam.saya nak tanya, susahkah membuang saka?
    jika awk bantu org buang saka, awk kenakan bayaran x?
    harap awk balas dgan cpat.

    ReplyDelete