7.10.09

Ilmu Wafaq dan Pengisiannya

Suatu ilmu yang amat sensitif...seperti yang DEN selalu cakap...Manusia ni selalu terhijab oleh apa yang dia tak tahu...Manusia pertama yang diketahui menggunakan ilmu rahsia mengenal huruf ini ialah nabi Allah Isa a.s. yakni 3 huruf...Huruf2 tersebut ialah Alif Ba dan Ya.

Tapi ada satu kumpulan rock tu mulakan dengan C.I.N.T.A ...lima huruf beb...

Perbincangan memang banyak bab ini...dan khilaf ulama pun banyak...Kita kenalah balik kepada asas....Bagaimana Imam Ahmad..di penjara oleh pemerintah kerana ketegasannya mengatakan Al-Quran itu bukan Makhluk. Bertolak dari sini seharusnya mereka yang memegang akan iktikad bahawa Al-Quran itu bukan Makhluk seharusnya memahami pula akan Kalimat Auzubi kalimatil lahittammah min syarima Kholaq. Aku berlindung dengan kalimahNya dari kejahatan Makhluk. Apa kah yang membentuk Kalimah tersebut apabila dinyatakan secara zahiriah. Pasti ianya terdiri dari huruf-huruf. Kata orang " PEN and The Tablets "..Bahasa Inggeris ini lebih mudah merungkainya..

Sedangkan kita yang bertaraf makhluk ini pun asal lahir aje kebumi sudah menangis..Siapa yang memberi kita kuasa untuk menangis...Pastilah Allah s.w.t. Maka adakah malaikat-malaikat dihantar sebagai khadam untuk menyebabkan seseorang bayi itu menangis ? Pergerakan kita sehari-hari adakah ada khadamnya ? Pasti tiada .... Bandingkan pula dengan Kalimah Al-Quran yang terdiri dari Huruf-huruf yang " Bukan Makhluk " ?

Kitab Imam al-Ghazali berkenaan Wafaq tu sebenarnya di tulis oleh ulama2 selepas beliau..yakni murid2 beliau. kajian yang lebih mendalam dilakukan ketika ISlam sudah menghampiri kemuncak dalam pengembangan ilmu.


Kalau di halusi maksud ertikata penulisan DEN diatas..dan diterjemahkan dalam bahasa pengajian Tasauf...Allah s.w.t itu melakukan apa pun didalam Kebesaran IlmuNya. Tanpa khadam...tanpa apa-apa pun sandaran tetap ALLAH s.w.t mampu memberi kuasa sesuai dengan Kebesaran IlmuNya...

35 comments:

  1. Tok,

    1. Apa yg membuat wafaq itu 'berisi'?
    2. Khadam ayat cthnya Al-Ikhlas = Abdul wahid itu makhluk apa?
    3. Apa hukum menggunakan wafaq walaupun hati kita iktikad yg Allah Maha Berkuasa dan wafaq itu hanya sebagai ikhtihar?

    ReplyDelete
  2. lam alif tu simbol apa sebenarnya?

    ReplyDelete
  3. Topik yg menarik banget. Tapi ada juga uztaz yg kata wafak tu sama mcm tanggal la..apa la....
    Minta abg belagak sambung lg topik menarik ni. Biar kami semua paham. InsyaAllah.
    TQ

    ReplyDelete
  4. imam Al-Ghazali ader karang kitab pasai wafaq klau xsilap sya btui ka?

    ReplyDelete
  5. apa bendapun kalau ingat ada kuasa jadi ler tangkal...

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Salam Tetuan Besar Admin ( Tok Belagak).

    bila disebut fasal wafak ini saya tersemak satu laman web. berkenaan dengan Wafak (Tangkat Azimat) yang mana dia mendakwa ianya adalah sesuatu yang Khurafat. Jadi, di sini saya ingin berkongsi sekadar menambah pengetahuan muga lebih Positif.

    laman web: http://www.rawatanislam.com/wafaq.html

    salam hurmat.

    ReplyDelete
  8. salam tok ..

    mufti brunei kata boleh guna wafak

    http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsad/pelita/2003/ic18_2003.htm

    ReplyDelete
  9. ops sorry silap link

    link wafak dari mufti brunei.

    http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2003/ic18_2003.htm

    ReplyDelete
  10. Setahu saya perkataan pertama di ucapkan oleh Nabi Isa ketika dalam buaian ialah ALIF BA JIM DAL. Yang membawa maksud Allah, Bahaullah, Jalalullah dan Dinnullah....ketika mempertahankan maruah ibunya mariam yang sedang difitnah ketika itu...kalau tak silap ada dalam kitab sirussolikin kot...Minta perbetulkan saya kalau silap...

    ReplyDelete
  11. bukan kata wafak ...makan nasi pun kalau dok paham nasi mengeyangkan....jatuh syirik...apabenda pun assebab saja...selagi tidak timbul paham "dua kuasa dua kehendak" kira orait le tu...sebab tu buat apa pun kena ada ilmu...kena paham kena belajar...pakai gelang tangan magnet pun kalau dok paham benda tu memberi bekas ...habislah kita.... hukum Allah Taala dah tentukan medan magnet tu boleh memperbetulkan aliran darah..hemoglobin dan sebagainya..boleh menjadi sebab kepada sembuh penyakit dsbgnya..tapi jangan pandang pada magnet tu...pandanglah pada Tuan Punya Hukum tersebut maka tak adalah timbul syirik ka...khurafat ka... sama lah juga pada setiap huruf dan kalimah... Allah dah letakkan penjaganya ...itu hukum dia...tapi kita jangan dok sibuk dengan Huruf dan penjaga tu kalau nak berwafak...biarlah dia dengan tugas dia ... tugas kita hanya mengesakan ALLAH pada ZatNYA,SifatNYA,AsmakNYA dan Af'alNYA dalam semua keadaan masa dan ketika...

    ReplyDelete
  12. utk Anas Hamka,

    kalau ikut www.rawatanislam.com, scan pun dia kata telek, terus aku kena blok dari masuk website tu pasal aku kata mana sama scan dgn telek. Dia takut ramai terpengaruh dgn kaedah scan CVT atau kaedah scan Tok Belagak.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih Tuan Hj Nazri ALIF BA JIM DAL. Yang membawa maksud Allah, Bahaullah, Jalalullah dan Dinnullah....sudah lama cari....Salam Hormat dari saya.

    ReplyDelete
  14. maaf bertanya...
    tak salah saya... "alif ba jim dal" ini slalu diguna oleh penutut/ ahli Silat ABJAD kan???
    oooo... maaf jika tersilap...

    ReplyDelete
  15. saya pun pernah terbaca catitan dalam kitab kesufian tentang wafaq atau ta`widh dimana terdapat nilai nombor disitu,kalo tak silap 66=allah..bukan lah angka atau simbol yg menyembuhkn..mintak tok blagak komen jika tersasar..

    ReplyDelete
  16. Rawatanislam tu...bukan tau apa pun...Jin dengan hantu pun pakai pukul sama rata..sebab tu bila merawat banyak tak setel...

    ReplyDelete
  17. Tetuan Admin a.k.a Tok Belagak,

    Baru-baru ini saya diminta tolong sorang kawan kes diganggu sihir oleh jiran. Cara yg dilakukan di depan mata saya. Yang menjadi kemuskilan saya spt soalan dibawah;-

    1. Kaedah rawatan cara Scan, Panggil "hantu raya" dan berdialog. jika masih berdegil. Tangkap kurung dalam botol jika masih menganggu. persoalannya, adakah "hantu raya" tu boleh datang balik/ mengganggu walaupun sudah dikurung didlm botol dan dihanyutkan ke sungai. (dalam cerita ini, menurut perawat ia menggunakan kaedah kurung & musnahkan dialam kita, hantar kembali ke alam mereka).

    2. Kaedah pagar apa yg lebih Ampuh? pagar diri? pagar kawasan?

    3. Adakah si saka boleh datang kembali jika dirawat? maksudnya, saka baik dibiarkan, saka Jahat saja dibunuh/dibuang.

    4. Boleh diterima pakai-kah dirawat menggunakan "Garam Kasar"?

    5. Kaedah Rawatan cara "Nasru'Hak", "Budi suci", "Abjad" & seumpama adakah boleh diterima pakai? jika Tok Belagak ada pengalaman bolehkah dikongsi bersama?

    Yang muskil,

    -Duniamistik-

    ReplyDelete
  18. 1. Apalah dialog2...tangkap buang je...

    2. Pagar paling Ampuh...bilakita di rahmati allah

    3. Kalau saka yang tercedera boleh dirawat...

    4. Pakai apa boleh...pensil..pun boleh...angin pun boleh...Kita kan khalifah...

    5. kaedah rawatan asal tak syrik dan melangar batas syarak paa salahnya..

    ReplyDelete
  19. Buat Tetuan Admin Tok Belagak yang dikasihi,

    Jawapan yang amat Berbaloi... kekeke...

    Adoi... terkena lah saya...

    pungahhh... (kata orang penanggg...)

    ReplyDelete
  20. tok..boleh buat tak artikel pasal ilmu kebal...besi kursani ke...betul ke ada

    ReplyDelete
  21. Wafak suatu cabang ilmu hikmah.
    Dalam ilmu Hikmah pengamalan ayat Al-Qur'an dan Asma Alloh ada dua macam :
    1. Pertama : Maqru' yaitu mengamalkan ayat Alquran atau Asma Alloh dengan cara dibaca sebagai zikir atau wirid.
    2. Kedua : Mahmul yaitu mengamalkan ayat Alquran atau Asma Alloh dengan cara ditulis sebagai wafaq atau Rajah untuk diletakkan di suatu tempat atau dibawa.
    Sabda Nabi : "Bila seorang hamba menulis Basmalah pada batu atau kertas, maka bahwasanya para Malaikat menuliskan untuknya pahala dan memohonkan baginya ampunan (perlindungan) selama tulisan Basmalah itu masih ada pada batu atau kertas itu". ( HR.Thabrani ).
    Istilah Rajah berasal dari kata Rojaha - Yarjahu - Rujhaanan artinya sangat kuat atau lebih berat. Sedang arti Rajah menurut istilah yaitu Wafaq berupa ayat Alquran atau Asma Alloh yang ditulis pada benda seperti batu, kertas, logam atau lainnya. Rajah biasanya ditulis pada organ tubuh manusia selain auratnya secara Abstrak untuk mendapat kekuatan, keselamatan dan perlindungan dari gangguan syetan, jin dan manusia yang zalim.
    Apa itu wafaq?
    Wafaq ialah tulisan yang menggunakan huruf abjad,sama ada hufur abjad itu ditukar dengan huruf tanggah yang berasal dari huruf suryani dan ibrani atau angka yang bersama dengan nilai huruf itu atau dengan menggunakan rajah-rajah.
    Menggunakan wafaq didalam ikhtiar menguatkan jiwa,amat bergantung kepada keyakinan seseorang,dan ia merupkan syarat yang utama di dalam keberhasilan.Walaubagaimana pun kita tidak boleh menaruh kepercayaan kepada kuasa wafaq,selain kembali serta meyakini bahawa keberhasilan penggunaan wafaq itu,adalah kerana keizinan Allah jua.Secara umumnya sesiapa sahaja boleh menulis wafaq,jika mereka mengetahui syarat,peraturan serta penguncinya.
    Contoh wafaq:


    Waktu yang sesuai menulis Wafaq.
    HARI WAKTU
    Ahad 11.00-12.00 tengah ari.
    Isnin Malam hari selepas magrib hingga pukul 3 pagi.
    Selasa Antara jam 11.00 hingga 3.00 petang
    Rabu Pagi subuh,pukul 5.00 hingga 8.00 pagi
    Khamis Tengahmalam pukul 2 hingga 3 malam.
    Jumaat Lepas waktu zuhur jam 2 petang
    Sabtu Pagi atau petang,pukul 5.00 hingga 6.00


    Syarat menulis Wafaq.
    1) Berwuduk.
    2) Menghadap qiblat.
    3) Bersih suci,tempat pakaian dan alat tulis.
    4) Tekun dan berhati-hati tidak sambil leka dan tidak boleh bercakap.
    5) Ditulis dengan dakwat arab,lebih afdhal dengan air mawar,bleh juga dengan pena biasa atau bol pin hitam yang yakin sucinya.
    6) Menulis sekali jalan (satu nafas)
    7) Setiap titik huruf mestilah jelas

    SALAM TOK...
    artikel copy and paste..

    ReplyDelete
  22. Tok,

    1.Wafaq yg berisi huruf blh dibawa masuk ke dlm tandas ke?

    2.Kenapa air yg 'dibacakan' tak boleh dilangkah sedangkan ianya air bukan Al quran.

    ReplyDelete
  23. Sdra Raja Melewar,

    sahaja ingin berkongsi soalan-jawapan.

    1. boleh, bukan ada Hukum pun kata begitu. orang kita saja yang buat hukum sendri. (pada pendapat saya). kalau nak bawak pun, simpan dlm kocek sekadar menghurmati-nya sahaja.

    2. Mungkin juzuk2 Al-Quran yg dibaca tu yang menyebabkan orang2 kita berfahaman begitu. sebab org2 tua kita yang bagi petua begitu. nak diikutkan, Al-Quran pn dulu diperbuat dari kulit2 haiwan & kulit2 kayu lalu dimushafkan dengan tinta (baru sekarang dibukukan). bagi saya, tak salah kalau terlangkah, kalau sengaja langkah, mybe lah... sama jg macam Al-Quran diletak dlm toilet... taktau lah, ini pendapat/ pandangan org yang tak ada ilmu (saya lah)...

    maafkan saya jika salah... mohon tunjuk ajar...

    ReplyDelete
  24. Terima kasih saudara Anas,

    Saya pun hendakkan kepastian, drp mengikut kata org tanpa tahu hujung pangkal.

    P.S. saya perasan blog duniamistik dah slow sket lately. Sy suka tgk barang2 dlm tu sebagai tanda kekayaan alam Allah.

    ReplyDelete
  25. sama2 kembali.

    ttg P.S sdra tu ini jawapan sy; biasa lah sdra. sy jg brkerja (8pg-5.30ptg). sbb tu ambil masa nak update. urusan lain lg. mohon kemaafan semua. dari masa ke-semasa saya akan update. t.kasih atas saranan. Allah jua Kuasa Utama.

    ReplyDelete
  26. tuan dunia mistik..ambo minat sungguh bab garam kasar. lada hitam dan cuka nihh. satu cabang ilmu yang amat menarik.

    ambo rasa kena ada huraian yang jelas tentang wafaq dan tangkal azimat kerna takut salah tafsir dan salah faham. Ramai ustaz tak pernah sentuh bab tangkal dan wafaq kerana takut salah fahman atau disalah tafsirkan.

    bukan takat wafaq jer boleh salah tafsir..malah ada pesakit yang botol air doa yang perawat kasi pun dah salah tafsir. hatta panadol dan voltaren pun muleh salah tafsir.
    meminjam ayat tuan haji nazri.."voltaren lah yang menyembuhkan aku.."

    ReplyDelete
  27. Salam Tok...tanyo sikit...huruf tu lambang untuk "sebut" atau "lafaz" kalau kito tonggolamkan huruf apo yg timbul Tok....den paham sikit Tok lobih paham laai...maaf Yo Tok betannyo....rasonyo macam Tok dah jawab, tapi tanyo jugaklah...no harm.

    ReplyDelete
  28. Salam Hormat tanyo sikit, bilo nak mengajar Ilmu Khalifah.......kalau ado gorak bagi tau den yo Tok

    ReplyDelete
  29. Ada orang bertanya Zaman Nabi Isa dah ada ke huruf Arab...Satu persoalan yg baik...Mulanya balik kepada Al-Quran itu Makhluk atau tidak...Imam Ahmad kata bukan makhluk...maka semestinya memang dah ada le sejak azali akan huruf ARAB tersebut..Tidak menjadi kehairanan kalau Nabi Isa a.s mengetahui sebahagian rahsia kalau di beritahu...Banyak kesah2 malaikat yang menceritakan ayat2 tertentu ada di syurga sebelum bumi di jadikan...apakah huruf tersebut..huruf abc ke ? Kalau bertanya pada Wahabi memang le dorang tolak.sebab dorang mengikut fahaman Abdul Wahab laknatullah...

    ReplyDelete
  30. salam tok..laman wahabi paling memualkan adalah laman emjayjb... dia pernah kata tok kenali tu lebih kurang mcm tokpekong je..ada komen ka..

    ReplyDelete
  31. salam..pakat doa supaya mereka bertaubat,kembali kpd a.sunnah waljamaah..x lupa kita juga..

    ReplyDelete
  32. salam,

    Tok nak tanya DOA tu apa?..'death or alive' ker bahasa kita 'hidup atau mati'.mushkil nih tau cakap je doa doa tapi tak tau doa tu apa.pada saya doa tu death or alive, cam telor atas tanduk tawakal jer yang melambangkan perkataan ATAU.kalau orang tanya lu mau hidup atau mati,kalau saya jawab NTAH sebab ATAU tu saya dah simpan.ehehe betul kan saya yang lemah ini.

    ReplyDelete
  33. jika berminat wafaq atau minyak2x mistik boleh tngok kat blog saya . . Terima Kasih . .

    ReplyDelete
  34. salam tuan admin,,

    boleh nyatakan contoh-contoh wafaq,, & bagaimana pula jika huruf itu di tulis pada helaian kain yg berwarna seperti merah , kuning , putih, & hitam adekah penggunaan itu akan memberikan maksud yg berbeza???

    ReplyDelete