25.9.09

Rawatan Islam

Ramai orang mendakwa mengamalkan rawatan kaedah ISLAM...Macam yang DEN cerita dulu...seorang pesakit santau cakap dia pi berubat santau secara Islam..Last2 DEN tengok pakai tepuk daun nangka juga..Dalam Al-Quran mana ada...Begitu juga yang menggunakan limau dalam rawatan...Mana ada dalam Al-Quran..Itu belum masuk bab kencing atas batu..tanam baju dalam kubur, guna cuka oleh Darul yang mengaku menggunakan Al-Quran 100 %...Tak tahulah kalau Al-Quran DEN lain...Semua tu takda...

Sepatutnya kalau dengan lancang mengatakan kaedah rawatan perawat lain hanya alternatif maka hendaklah ditampilkan apa yang dikatakan Rawatan Menurut Al-Quran Dan Sunnah...Kencing atas batu pasti tiada...Bakar bata pasti tiada..mandian limau tiada...So story kat DEN...mana dia MODEL rawatan ISLAM yang Sejati...


Sebenarnya itulah hasrat sebenar pengasas2 Darul...tetapi bila menghadapi betapa kompleksnya permainan Sihir melalui Jin atau tanpa JIN...barulah mereka mula memandang kebelakang balik...memerhatikan balik apa2 yang ditinggalkan oleh orang tua2 dahulu sebagi bekal menghadapi permainan alam ghaib ini...Masalahnya..berapa ramai yang sanggup menelan ludah yang sebelum ini begitu lancang mengatakan kaedah orang lain tidak Islamik...Kalau mereka benar2 ingin memajukan perubatan melalui kaedah Al-Quran dan Sunnah...tiada jatuh maruah mereka kalau berguru atau berjumpa dengan perawat2 yang mereka kata tidak Islamik sebelum ini...Pasti ada sesuatu yang dapat dipelajari dari mereka...dari 100 ilmu mereka takan 5 pun takda ilmu yang tidak bercanggah dengan syariat..

Perlu diingat sebelum Islam datang..orang Melayu sudah lama mengamalkan kaedah perubatan menangani makhluk ghaib dan sakit diri...Bila Islam masuk ke Tanah Melayu 500 tahun dahulu...perlahan2 asimilasi berlaku...bayangkan 500 tahun suatu masa yang amat panjang..tentu kaedah rawatan sudah di "ISLAMKAN" dan di campur pula ilham para ulama dan Aulia tanah melayu..Pasti kaedah sudah sempurna dalam menghadapi apa jua jenis gangguan Ghaib atau zahir....Sekarang ini seolah terbalik...kita cuba kebelakang balik....


Bayangkan punya kuat penangan Slogan Rawatan ISLAM..sampai tok bomoh hitam pun ada yang belajar kat Darul..untuk mendapat sijil...Yang Aliran putih pun belajar..sebab takut hilang customer sebab di label tidak ISLAMIK...Walhal..ramai perawat yang menggunakan nama DARUL2..itu masih mengekalkan kaedah rawatan tradisi..cuma di kasi CD MP3 kepada pesakit untuk menunjukan ISLAMIK...digantung ayat2 suci konon-nya nampak islamik...last2 dah jadi macam tangkal le pulok...rosak le...Apa nak buat ISLAM HADHARI kan...

Ramai yang jumpa DEN lebih 70 % dah tawaf semua darul2 tu...DEN cakap kenapa yang tak pergi berubat dengan perawat2 lain yang berdekatan..samapi sanggup datang jauh2..untuk kena pukul...Mereka cakap Ustaz kata tak Islamik...Syirik...Bukan semua Ustaz2 perawat tu mahir dalam bab sihir ni...berlambak di luar tu yang terror- terror..Contohnya DEN...Last 2 mereka dengan senang cakap tak yakin dah...Ayat2 Ruqyah tak mampu..kan bahaya tu...boleh batal iman..bukan ruqyah tak mampu...Ustaz2 yang meruqyah tu yang tak mampu...habis2 dorang cakap..sabar ..dugaan tuhan...standard le tu...Apek yang datang rumah DEN pun cakap itu macam...

Dengan tulisan ni...sure DEN kena kutuk giler..tapi alah bisa tegal biasa...Tuduhan Syirik..menolak Quran dan lain2 tu dah biasa...DEN still steady je ...Walaupun berseorangn merawat..tak de pun ramai2 nak belasah atau sembelih seekor hantu raya..habis2 kalau dorang dah tak da apa nak cakap...alah Tok belagak tu Istidraj je...Lantak korang le...Maunah dan ilham tu milik korang le ...orang lain semua Istidraj...

Itu belum lagi pendapat mereka yang mengatakan semua tu JIN sahaja..sedangkan Orang Melayu telah lama mengklasifikasikan Hantu, Bunian, Jin, Dewa...itu semua sebahagian dari lebih 18,000 jenis makhluk Allah s.w.t....Ayat Al-Quran tak mungkin salah..cuma tafsiran itu yang mungkin berbeza-beza..lihat sahaja pada peristiwa Doa nabi Sulaiman a.s...terus ada Ustaz yang mentafsirkan Jin tidak boleh diikat..bukankah di Zaman Sulaiman a.s banyak yang zahir..termasuk menteri2 beliau...rasulullah s.a.w tak jadi tangkap dan tak jadi nak ikat JIN ditiang mesjid itu adalah Zahir...bukan semua para sahabat kasyaf...Sedangkan Nabi berniat nak mempertontonkan Jin tersebut...maka pastilah diikat secara zahir...

DEN dah tua..walaupun masih Handsome...Masa Ustaz Harun DIN mula2 menunjukkan manuskript perubatan islamnya yang pertama...ada dirumah Guru DEN tahun 82...untuk di tahkik dan di minta apa2 komen...Namun tak sangka pula selepas itu...dah macam satu arus perdana seolah2 olah kaedah lain tidak islamik...Habis selama ini macamana orang2 tua kita menangani masalah ghaib...apakah semuanya syirik...alamak..habislah kita yang mungkin dari keturunan syirik...Antara tempat rujukan Ustaz Harun DIN ialah Lebai DIN ayah beliau sendiri...berguru dengan Hj Ramli atau dikenali juga Tok Yah Ramli...belajar juga dengan anaknya Tn. Hj Abdul Rahman Pendang....masih hidup lagi di PENDANG...di gelar Tok Ayah Man...Kasyaf dan amat Merendah diri orangnya...Pergilah berjumpa beliau...dia kalau buang hantu pakai kibas dengan sejadah je...Pakar Santau..bila dikata pakar disini ialah..membuang dan memulih sekali...Takde pun heboh2 dok kata dia berubat cara Islam...walhal Ayah dia Tok Yah Ramli bin Syeikh Abdul Rahman anak beranak adalah guru pondok...Pada Mereka selagi mengikut lunas2 syariat..itulah Islam...( Hj Abdul Rahman B. Hj Ramli B. Syeikh Abdul Rahman )

Ada perawat yang DEN kenal...hanya menggunakan selawat..bismillah 6 dan Doa Nurun Nubuwah..sahaja...Kerana itu bila ramai yang bertanya nak baca ayat apa untuk pendinding..DEN hanya mampu cakap..bacalah apa2 pun..sebab pemilik ayat itu tetaplah satu..yakni ALLAH s.w.t jua...

Menjadi perawat bukannya hari ni kursus ..esok dah merawat..kang kena titik...tak ke naya..DEVELOP pertahanan diri dulu...DEN masih ingat masa DEN tingkatan satu DEN di ijazahkan doa pembuka amalan..bla..bla...amalan bismillah 1000x selama 41 hari, Tasbih Yunus 1000x selama 41 hari...Khatam Qulhu 300,000x...Khatam Kalimah Taiyibah 70,000x..ini semua dengan RahmatNya dapat DEN buat semasa DEN tingkatan 3 lagi...Namun yang DEN tahu..tidak pula DEN diterangkan apa khasiatnya...DEN main buat je..Kemudian amalan Ibu Bismillah, Bismillah 4 (Khidir), Bismillah 5, 6 dan bismillah batin dan lain2 lagi seperti ayat 1, 3, 5, 7, 15 dan lain2.. ..Benda2 macam ni kena sabar dan pelan2 kayuh....Pernah seorang guru DEN dari Indon salah seorang Khalifah Tarikat berpesan, Kiai tu berpesan ..kalau makan jangan makan semua sekali walaupun lauknya banyak..nanti muntah....Masa tu DEN masih di sekolah menengah lagi.

Guru akan tahu perkembangan kita..DEN juga di ijazahkan Aurad Amalan ( gabungan Ahmadiah dan Naksyabandi )..zikir2 yang lain....Itupun Sifu DEN masih tak membenarkan DEN merawat secara penuh kerana selagi DEN belum mencapai maksud " AYAT TIDAK MEMBERI BEKAS " ....Namun akhirnya kedua2 Sifu DEN dah pun iktiraf DEN....barulah DEN berani open to public...

15 comments:

  1. Tu dia Tok belagak dah bagi pencerahan.Mana mana yg kena ataih batang hidung tu,berlapang dada la.Termasuk la aku..Dulu aku pn mcm tu,pakai kemeyan tk buleh..tak islamik..bla..bla..La ni aku dah sedaq ilmu Allah tu tk bertepi.Nak buat camna,dah tok guru ajaq macam tu.Lepas ni harap2 tok belagak bukak la kelas pengajian bagi memudahkan kami belajaq.Takdak la paih ni jadi tukang tilik...Amin.

    Regards,
    Jembalang(ni blog org umah aku..)

    ReplyDelete
  2. Macamana perawat darul2 dan ustaz2 boleh confirm yg pakai kemyan dan setanggi syirik, dorang nampak ke ada jin makan asap tu....dan macamana dorang leh confirm Tok Belagak Istidraj (Allah bg tau ke atau hati kotor kasi tau)....dan yakin pulak yg dorang maunah dan ilham (kurnia Allah atau perasan je). Pemilik ilmu adalah Allah mcm yg Tok Belagak cakap. "Diatas segala yg berpengetahuan ada lg yg Maha Tahu" (al-Quran: Yusof)

    ReplyDelete
  3. Ish ish ish...Kesian Tok kena explen lg dan lagi..dah panjang mcm khutbah jumaat dah ni..
    mmg setengah2 org nk berubat dgn perawat bertitle 'ustad' je..xleh nak tegur..Konpemm kita gak cara salah..biarla 6 bln berulang..no hal pya..asalkn x syirik..

    X bgtau salah, bgtau pun salah..

    ReplyDelete
  4. sabar tok..
    dugaan nak naik ke pangkat baru kot tok..

    ReplyDelete
  5. Salam tok..
    I know tok u have lepak2 kt bistro kemaman..hehe..benar kate org ''HANDSOMENYE''..Tanpa berkata kau adalah satu,separuh malam menutupku,beta tahu kau disitu,selamat tinggal dunia aku..

    ReplyDelete
  6. Salam abg belagak dan sahabat2 setia..
    Seminggu duk beraya kek kg..buka blog dah byk artikel baru.
    Bila habis baco....teringat byk kek internet tawar kursus perubatan instant. Lopeh ijazah dan pengisian terus boleh jadi perawat katanya. Padahal bukan sonang2 cam tu jo. Mcm abg belagak kato dio pun berlajar start umur belasan tahun lg. pelan2 kayoh...istiqomah...insyaAllah ado hasil nanti.

    ReplyDelete
  7. Kursus sehari tu bukan tak baik..tapi jadikan asas dahulu..mengubat diri dan keluarga....ambil pengalaman..Bomoh dan JIN kalau tau kita dah boleh sikit mengubat depa suka main trick...masuk keluar badan pesakit...last2 kita pun give up...

    ReplyDelete
  8. Saya sangat setuju sekali dengan tulisan tok belagak...., alhamdullilah saya banyak belajar dari tulisan2 tok belagak...memang berquality dan mantap!

    ReplyDelete
  9. tulisan tok mengingatkan ambo tentang sejarah jazirah arabia di mana Imam Abdul Wahab ( 1703-1792) pi dok serang dan bunuh beribu ribu orang ( ada sejarawan yang kata beratus ratus ribu orang) di jazirah arab. orang orang yang terkorban ini telah di label sebagai syirikk..
    ada sejarawan yang menafsirkan bahawa pembunuhan ini lebih bermotifkan kepada kepentingan politik keluarga Bani Saud dan perebutan kuasa dan tanah dan kemudiannya telaga minyak dan wang..

    didalam konteks tulisan tok belagak, tentu yang menuduh itu dan ini ada motif dan tujuan tertentu...hanya ALLah jua yang lebih mengetahui.

    macam ada satu bugis nama kid rock menyanyi lagu only god knows why..

    ReplyDelete
  10. Asasalamualaikum,
    PENERANGAN / SEMINAR / KURSUS / MUZAKARAH / DIALOG
    (PERCUMA)

    BERKAITAN:

    1. ILMU HAQ, ILMU BATHIL, ILMU BATHIN DAN ILMU ZAHIR

    2. TEKNIK BUNUH IBLIS, SYAITAN, JIN, BUNIAN, KHANNAS, QARIN, DJIBT, THOGHUT DAN YANG SEKUTU DENGANNYA SECARA FIZIKAL, ZAHIR, BATIN DAN BATIN DALAM BATIN.

    TUJUAN:

    1. MELINDUNGI DIRI DAN IMAN DARI GANGGUAN.

    2. MEBELASAH, MEMUKUL, MEMOTONG DAN JUGA MEMBUNUH MAKHLUK TERSEBUT

    3. MELINDUNGI DARI GODAAN DAN TIPU DAYA YANG KASAR SERTA HALUS OLEH MAKHLUK HALUS

    4. MENYELESAIKAN MASALAH HISTERIA, SIHIR, PUKAU, SANTAU, ILMU GUNA-GUNA, KENA TINDIH/HIMPIT DAN BANYAK LAGI

    5. MENGUBAT JIWA KOSONG, SUSAH TIDUR

    6. MENGALAHKAN KEJAHATAN MANUSIA DAN MAKHLUK HALUS

    HASIL
    1. JIWA TENTERAM DAN TENANG
    2. HILANG PERASAAN WAS-WAS
    3. SEMBAHYANG KHUSYUK
    4. PERASAAN SUKA KEBAIKAN BENCI MAKSIAT
    5. DAN BANYAK LAGI

    INSYAALLAH ANDA DAN KELUARGA BOLEH MELAKUKANNYA SENDIRI

    *LAIN-LAIN PERKHIDMATAN

    1. BERSIH RUMAH BERHANTU
    2. BERSIH KAWASAN/TANAH BERHANTU
    *TIDAK TERMASUK TANAH KUBUR*
    RAWATAN
    1. HISTERIA, SIHIR, PUKAU, SANTAU, ILMU GUNA-GUNA, KENA TINDIH/HIMPIT DAN BANYAK LAGI

    Salah satu tanda kena serangan makhluk halus jahat

    1. Sembahyang tidak khusuk / malas sembahyang
    2. Pergantungan kepada Allah tidak kuat
    3. Akhlak sukar dikawal-pemarah-ego -banga diri -cakap kasar -sombong -riak-cakap besar -khianat -lain lain perkara yang buruk
    4. Hati gundah gulana / kecewa / putus asa / pilu / sedih
    5. Fikiran kacau bilau resah gelisah tak tentu pasal
    6. Jiwa tidak tenteram
    7. Hati cinta maksiat
    8. Ada perasaan takut selain Allah
    9. Dada sebak / sempit
    10. Hati gatal
    11. Susah tidur

    *TERDAPAT JUGA RAKAMAN SESI PENERANGAN DALAM BENTUK DVD
    BERMINAT HUBUNGI:
    ISMAIL
    (pakar bunuh makhluk halus)
    019-3619305
    http://ilmuhaq.multiply.com
    email: ilmuhaq@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  11. Tok.. hamba dok belek2 buku lama terjumpa buku Senjata Muslim, dihimpun oleh H. AbuBakar Ya'qub, cetakan 1978. Macam2 ada, basmalah 1000, ayat 1,5,7, kursi 313 dll. Cuma hamba nak tanya.. dlm doa ayat kursi terdapat sebutan saiyidana Kandiyas. siapa dia tok?? bagi pencerahan sikit.

    ReplyDelete
  12. sekadar teka-teka saja..bunyi sebutan "saidina Kandiyas " hampir nak sama dengan " Syaed Kandias " dalam kitab "Pati Rahsia " bab Riadhah Ayat al-Kursi

    ReplyDelete
  13. Lupakan ajelah Si Kandiyas tu....Khadam sebena Qursi ialah Muhammad s.a.w sendiri

    ReplyDelete
  14. Terima kasih Tok, hamba baru ja jumpa kat Forum Harmoni...
    http://www.harmoni-my.org/forum/index.php/topic,484.0.html
    Berbinau gak mata dok cari..he..he.. Kesimpulannya tak payah baca la doa ayat kursi tu kalau buat amalan kursi 313, betui tak Tok.

    ReplyDelete
  15. tok belagak..nk minta tolong..tok ade x amalan nk cari motosikal yg dh hilang..moto den bru kne curi..tension den..dh lah den bru nk stat meniaga...skrng patah kaki ..dh 4 ari x meniaga.tolong tok..mati kutu dh den nie..kojam botoi org yg curi moto den tu...

    ReplyDelete